...Harga Lintah & Belut kami....
Benih Lintah : RM 0.60 ( 1-5000 )
Momopouse ( 80-90 ekor perkilo )
RM 115 / kilo
RM 95 / kilo (atas 10 kilo)
RM 14 sekilo
**harga boleh dirunding
Dengan kami, anda akan dapat e-book Penternakan Lintah dan bantuan dari kami sehingga anda berjaya...
Kandungan e-book :-
1. INFO LINTAH
2. PILIHAN TEMPAT TERNAKAN LINTAH
3. PENYEDIAAN TEMPAT LINTAH
4. MAKANAN LINTAH
5. CARA PEMAKANAN LINTAH
6. PROSES PENGASINGAN
7. CHECKLIST PENTING LANGKAH PENYEDIAAN TEMPAT LINTAH
8. KOS ANGGARAN MAKSIMUM UNTUK 1000 LINTAH
9. ANGGARAN MINIMUM KEUNTUNGAN DALAM MASA 2 TAHUN
10. PESANAN PENTING !!! & TIPS UNTUK ANDA
11. CARA MUDAH MEMBELA BELUT
...
Monday, April 13, 2009
Selangkah Lagi Kehadapan....
Posted by Penternak lintah at 3:40 AM
Thursday, January 29, 2009
Mengutip Lintah......:-)
Kerja mengutip Lintah!!!hehe....
Ya, itulah yang perlu dilakukan jika menerima tempahan untuk menjual lintah....
Ramai yang masih bertanya, mcmana nak kutip lintah nanti? Jawapannya mudah.. " kutip sendiri ler.....":-p
Gambar disebelah adalah gambar ketika kami mengutip lintah didalam kok.. Proses pengutipan lintah ini juga dibantu oleh Nenek saya yang telah berumur 82 tahun!!... Ya, masih cergas dan bersemangat... kadang kala, saya juga kalah dgn tenaganya....haha...
Ini lah benih lintah sederhana yang telah di kutip dari kok..
Posted by Penternak lintah at 4:54 AM
Wednesday, October 29, 2008
Palung Simen Lintah ( KOK ) ??
Kenapa Tak Guna Poly-Tank atau Kolam Simen??
Ya... Kenapa kami tidak menggunakan itu semua.... Dengan satu alasan yang semua pengusaha paling nak dengar... JIMAT KOS....:-)
Selain dari jimat, ianya tidak mudah rosak, pecah, dan penting untuk lintah, ianya tidak panas berbanding poly tank....
Harga ::-
Poly tank : RM 130 - RM 200
Kolam Simen : RM 500 keatas untuk 5*5 kaki
Palung simen ( KOK ) : cuma RM 45-55 sahaja....!!hehe
KOK juga boleh memuatkan 1000 benih ke 1500 benih lintah ke dalamnya....
** rekemen bg sesiapa yg masih baru dan tidak mempunyai bajet yang besar.... gunalah KOK
Posted by Penternak lintah at 6:27 AM
Menternak Belut ??
Ya.... Macammana nak bela belut ? Untuk pengatahuan semua, apa yg kami tahu, belut ni mcm lintah juga, special jantinanya... Pada umur belut dibawah 3 bulan, ianya betina, dan selepas 3 bulan, belut ini adalah jantan....
Seperti biasa, kami hanya menggunakan KOK simen.... Sesuaikan keadaan tempat belut dengan keaadan asal habitatnya... Kami meletakkan tanah sungai, dan tempat perlindungannya seperti paip pvc...
Kami berikan anak2 ikan sebagai makanan belut selain daripada ikan besar yg dipotong2..., kalau anda boleh dapatkan jerami padi, lagi bagus...
Dan yang paling penting.... Ketinggian air untuk belut perlu cetek!!....
Moga Berjaya...
::
Posted by Penternak lintah at 6:06 AM